PENGIKTIRAFAN LARIAN IENvR 22 – TAHNIAH SEMUA
Pihak kami ingin berkongsi berita baik. Kami baru sahaja menerima surat pengiktirafan daripada pihak BSKK KPM pagi ini. Alhamdulillah pihak BSKK KPM telah memberikan pengiktirafan pemarkahan program ini sebagai dengan PENGLIBATAN 1 bertaraf ANTARABANGSA.
Tahniah dan syabas kepada semua yang telah menyertai dengan jayanya program ini.
Bagi pihak penganjur, kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam sama sama menjayakan program ini. Masih banyak kelemahan daripada pihak kami yang telah dan akan kami perbaiki dari semasa ke semasa terutama dari aspek pengurusan dan lain lain agar program ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik di masa akan datang.
Jumpa lagi di IENvR 23.